Sharifah Shahora ‘Pasang Badan’ Selepas Suami Main Kayu Tiga

Selepas rumah tangga dilanda badai gara-gara orang ketiga, pelakon Sharifah Shahora nekad menghias diri dan menjaga penampilan di mata suami.


Sharifah Shahora Syed Akil, 41, berkata beliau kini lebih mementingkan kecantikan diri dan pemakaian kerana tidak mahu kejadian sama berulang lagi.


“Alhamdulillah keadaan sekarang sudah kembali tenang dan rumah tangga kami bahagia.

“Saya juga kini rajin ‘pasang badan’ untuk suami kerana sebagai isteri saya juga perlu main peranan dalam memikat suami,” katanya dipetik mStar Online.

Shahora pada tahun lalu mendakwa suaminya, pengarah filem Raja Mukhriz, bermain kayu tiga kerana mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Perkara itu didedahkannya dalam laman sosial Instagram dan Twitter, namun hubungan mereka kini kembali mesra.


Pelakon drama “Enot” itu juga berkata walau mereka tidak menyambut Ramadan bersama kerana suaminya sibuk di Sabah tetapi hubungan mereka tetap bertambah erat.

“Dulu kalau hendak hantar mesej pun susah tetapi sekarang sejam sekali tanya khabar, hantar gambar dan walaupun berjauhan terasa dekat pula dengan suami.

Sharifah Shahora

“Hampir dua bulan dia berada di sana kerana menjalani penggambaran sebuah dokumentari tetapi insya Allah hari raya nanti dia akan pulang,” katanya. Sumber: MalayMailOnline


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments