Struktur Beberapa Bangunan Dan Binaan Bersejarah Di Malaysia

Sebagai rujukan Tugasan Sejarah PT3 2016, di sini kami kongsikan beberapa fakta tentang struktur beberapa bangunan dan monumen bersejarah di Malaysia. Menerangkan struktur bangunan / binaan bersejarah merupakan tajuk kedua dalam Laporan Tugasan Sejarah PT3 2016, iaitu membuat kajian bangunan / binaan bersejarah di tempat tinggal anda.


Struktur Beberapa Bangunan Dan Binaan Bersejarah Di Malaysia

STRUKTUR BINAAN BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad bina bercirikan seni bina Moor direka bentu oleh arkitek British, Anthony C.Norman. Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter. Di bawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pegawai –pegawai mahkamah. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter.

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR
Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun,menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Di sini tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Wilayah Persekutuan dikibarkan.

Tanda ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu. Ia dirasmikan pada tahun 1896.

STRUKTUR BANGUNAN STADHUYS

BANGUNAN STADHUYS
BANGUNAN STADHUYS
Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu. Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.

STRUKTUR BINAAN ISTANA ISKANDARIAH, PERAK

STRUKTUR ISTANA ISKANDARIAH, PERAK
STRUKTUR ISTANA ISKANDARIAH, PERAK
Istana Iskandariah, memperlihatkan corak seni bina yang menarik dan istimewa sekali. Seni binanya menyerupai corak seni bina Islam - India `Saracenic' yang diadun dengan corak seni bina Asia Barat. Keadaan ini jelas dapat dilihat pada motif gerbang tajam (pointed Arch) dan juga hiasan menara serta kubah yang berbentuk bawang (onion shapes domes).

Kewujudan corak seni bina pengaruh luar negeri ini mungkin hasil daripada pengalaman ahli-ahli seni bina Inggeris yang banyak mengetahui dan begitu terpikat dengan keindahan seni bina India-Islam. Lalu kemudian telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20 dengan terbinanya bangunan-bangunan seperti Masjid, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Istana Iskandariah ini.

Istana Iskandariah yang dibina menghadap arah matahari naik dan pandangannya menjangkaui ke arah Sungai Perak yang jernih. Bangunan Istana ini terdiri daripada 2 tingkat, lantai bawah dan tingkat satu dikenali sebagai Roof Lounge. Pada tingkat bawah terdapat beberapa ruang khas yang mempunyai fungsi tertentu seperti Bilik Mengadap, Bilik Jamuan Negeri, Bilik Makan, Bilik Pejabat Juruiring dan lain-lain. Di samping itu terdapat juga dua ruang besar yang digunakan sebagai Dewan Negara dan Dewan Muzik.

Pada tingkat pertama terdapat pula ruang-ruang seperti ruang rehat untuk putera dan puteri sultan dan ruang mainan, bilik peraduan dan lain-lain. Untuk naik ke tingkat ini terdapat tangga dan juga lif. Manakala tingkat kedua istana ini adalah terpenting kerana di sinilah letaknya ruang-ruang untuk Balai Nobat, Balairung Seri dan Singgahsana yang amat penting terutama pada hari-hari kebesaran, pertabalan dan lain-lain. Selain itu di tingkat ini juga terdapat bilik-bilik persalinan dan bilik istirehat Paduka Seri Sultan. Berdasarkan keindahan seni bina ini dan sebagai istana terbesar memang tepatlah ia dijadikan istana rasmi Sultan-sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu hinggalah sekarang.

Berhampiran dengan Istana Iskandariah ini juga terdapat istana-istana lain yang telah memainkan peranan penting dalam sejarah negeri Perak seperti Istana Kenangan yang kini dijadikan Muzium Diraja serta Istana Hulu atau dikenali juga sebagai Istana Kota. Istana Kota kemudiannya dijadikan bangunan Sekolah Kebangsaan Kota pada tahun 1957 dan ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Mazwin pada tahun 1970.

STRUKTUR BINAAN LEMBAH BUJANG, KEDAH

LEMBAH BUJANG
LEMBAH BUJANG
Di antara kesan-kesan sejarah di Lembah Bujang yang merangkumi kawasan seluas 224 km persegi itu ialah candi-candi dan artifak-artifak pemujaan dalam agama Hindu-Buddha. Beberapa buah candi telah dijumpai seperti Candi Pengkalan Bujang, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat dan lain-lain.

Candi Batu Pahat misalnya dipercayai dibina dalam kurun Ke-6 Masehi. Penemuan ahli-ahli arkeologi menunjukkan candi-candi ini dibina dengan menggunakan batu-batu pejal. Sebanyak 50 buah tapak-tapak candi telah dijumpai di Lembah Bujang. Candi-candi tersebut dianggarkan dibina antara kurun Ke-4 hingga kurun Ke-12 masehi. Untuk memelihara kesan-kesan sejarah ini pihak Jabatan Muzium telah menubuhkan Muzium Arkeologi Lembah Bujang.


Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka secara rasminya pada 23 Januari 1980 oleh DYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Muzium yang terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok ini dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum Islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang. Kebanyakan di antara tapak-tapak Candi yang ditemui telah dibina semula di dalam kawasan Muzium ini. Candi ini dibina semula dengan batu-batu yang ditemui mengikut bentuk asalnya.

Artifak-artifak yang dipamerkan terdiri daripada bahan-bahan jumpaan semasa aktiviti carigali candi-candi dijalankan. Koleksi artifak yang terdapat di Muzium ini terdiri daripada bahan-bahan dagangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab, China, India serta pedagang-pedangang maritim tempatan di Kepulauan Melayu seperti seramik, manik-manik kaca dan rempah ratus.

Pengekalan kawasan Lembah Bujang ini penting dari sudut sejarah kebudayaan negeri Kedah Darul aman dan juga memberi peluang kepada para penyelidik mengkaji perihal berkaitan dengan perdagangan dan peradaban manusia pra Islam di Semanjung Malaysia

STRUKTUR BINAAN ISTANA LAMA SERI MENANTI

ISTANA LAMA SERI MENANTI
ISTANA LAMA SERI MENANTI
Pembinaan istana ini bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908. Belanja bagi pembinaan istana ini ialah sebanyak $45,000. Istiadat perasmian istana ini telah disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad ibni Almarhum Yamtuan Antah.

Yang di-Pertuan Besar menginginkan reka bentuk istana yang menunjukkan dan mempunyai pertalian dengan alam Minangkabau, maka istana ini bukan sahaja sekadar menyerupai reka bentuk bangunannya tetapi juga dilengkapi dengan bahagian-bahagian yang melambangkan kekeluargaan, pendidikan, kesenian asli dan lain-lain yang mempunyai perkaitan yang erat dengan Minangkabau.

Reka bentuk Istana ini amat menarik sekali.  Ianya mempunyai empat tingkat dengan setiap tingkat mempunyai bilik-bilik tertentu.  Misalnya pada tingkat pertama istana ini terdapat empat bilik dan beranda sepanjang 160 kaki.  Manakala tingkat keduanya pula mempunyai tiga bilik dan bilik-bilik itu didiami oleh kerabat-kerabat diraja.

Pada tingkat ketiga dan keempat pula masing-masing mempunyai satu bilik.  Tingkat ketiga adalah tempat kediaman Yamtuan Muhamad manakala tingkat keempat pula adalah tempat simpanan khazanah raja.

Mengikut Datuk Besar Meon, tidak ada sepucuk paku besi pun digunakan dalam pembinaan istana ini.  Semuanya diperbuat daripada kayu dari tiang hinggalah ke atapnya dan binaannya ‘dipaku' dengan kayu yang dipanggil pasak.

Istana ini juga mempunyai tiang setinggi 19.9 meter (65 kaki) dengan empat batang tiang tengahnya setinggi 170 kaki tiada bersambung.  Pada tiang-tiang ini juga diukir dengan ukiran-ukiran yang menarik dengan berbagai-bagai motif.

Empat batang tiang tengah istana ini yang sepanjang 170 kaki tiada bersambung itu diperbuat daripada kayu `Penak'.  Kayu tersebut diambil daripada Bukit pergai di Jelebu; Kayu-kayu ini dibawa dengan kereta lembu ke Seri Menanti.  Dikatakan juga bahawa setiap batang tiang 170 kaki itu ditarik oleh tiga buah kereta lembu.


Jumlah semua tiang yang menjadi penegak pada istana ini ialah sebanyak 99 batang yang melambangkan juak-juak hulubalang Negeri Sembilan yang seramai 99 orang.  Mengikut sejarah pembinaan istana ini setiap orang juak dan hulu balang itu memegang satu tiang semasa hendak menegakkan istana tersebut.  Sementara empat batang tiang tengahnya pula melambangkan empat orang besar istana (Orang Empat Istana).

Istana ini juga ditinggikan di bahagian hujung dan pangkal, manakala di bahagian tengahnya bermahligai tiga persada. Pada bahagian-bahagian istana ini juga diukir dengan ukiran-ukiran yang menarik dan bernilai tinggi.  Ukiran-ukiran itu terdiri daripada berbagai motif yang menggambarkan kemahiran seni ukir orang-orang Melayu yang berdasarkan kepada alam sekitar sebagai bahan adunan dalam hasil ukirannya.  Hasil ini juga melambangkan ketinggian budaya orang-orang Melayu.

Di antara bentuk-bentuk ukiran yang terdapat di istana ini adalah seperti bentuk lambai-lambai, awam berarak, bunga tampuk manggis, bunga semantung, gunung-gunung dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa hal-hal alamiah tanah mengilhami seni ukir orang-orang Melayu.  Ini membuktikan kepekaan orang Melayu pada alam sekelilingnya. Oleh sebab itulah pada setiap ukiran di ruang dan anjung istana ini melambangkan kekayaan tatasusila dan kehalusan budi bahasa Melayu zaman lampau.

STRUKTUR BINAAN KOTA BELANDA, PULAU PANGKOR

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT), PULAU PANGKOR
KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT), PULAU PANGKOR
Kota atau gedung yang dibaiki semula ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal iaitu 3 x 5 meter persegi.  Manakala tembok batunya setinggi 6 - 7 meter.  Bagaimana pun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui oleh pihak Muzium Negara.

Berhampiran dengan Kota Belanda ini terdapat satu Batu Bersurat Belanda. Batu Bersurat ini letaknya di tepi pantai kira-kira 100 meter dari Kota Belanda. Tulisan pada Batu Bersurat ini dipercayai dipahat oleh askar-askar kompeni Belanda sewaktu mereka mendiami gedung atau Kota Belanda kira-kira dalam tahun 1743. Ia juga dipercayai sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut.

Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas.  Sebagai mengingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan menggambarkan seekor binatang buas (dipercayai harimau) sedang menangkap budak.  Lain-lain pahatan mungkin merupakan nama-nama pemahat yang dinyata secara huruf ringkas seperti IK, R.O. dan lain-lain dan terdapat pahatan bertulis V.O.C. iaitu singkatan nama Verenidge Oon Stindische Company - Syarikat Hindia Timur Belanda

STRUKTUR BINAAN KOTA A FAMOSA

KOTA A FAMOSA, MELAKA
Kota ini berbentuk hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal 2.4 meter di sekelilingnya.  Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai. Menurut catatan Abdullah Munshi pada tahun 1805, kekuatan Kota Famosa ini amat hebat sekali.

Kota ini juga mempunyai 8 buah menara tempat kawalan setinggi 18-24 meter dan tebal temboknya 4.5 meter.  Pada bahagian bawah tempat ini terdapat tempat kediaman tentera-tentera dan kuda bagi tujuan peperangan.  Terdapat juga lorong-lorong antara tempat-tempat kawalan itu untuk kemudahan pada masa peperangan.

Menara-menara Kota A Famosa tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Calon-Calon PT3 2016: MESTI BACA...

» Tajuk, Maklumat Penting Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Contoh Jawapan Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Struktur Beberapa Bangunan Dan Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang Bangunan, Binaan Dan Monumen Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang 30 Bangunan / Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Apakah Kepentingan Memelihara Bangunan dan Binaan Bersejarah?

» Sejarah PT3 2016 - Cadangan Langkah² Memelihara Bangunan Sejarah

» Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016: Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Struktur Binaan Muzium Perang, Pulau Pinang

» Sejarah PT3 2016: Tujuan Dan Sebab Bangunan / Binaan Bersejarah Dibina

» Sejarah PT3 2016 - Fungsi & Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini

» Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 2016, Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Panduan Lengkap Menulis Sumber Rujukan

Sementara itu, di sekeliling tembok kota juga ditempatkan 60 orang sepoi (tentera) yang lengkap bersenjata. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam kota selepas pukul 6 petang. Pada pukul 8 malam, jambatan jungkit yang merentangi sungai ditarik naik ke atas kota.  Sesiapa yang berjalan di sekitar kota tanpa membawa jamong atau lampu suluh, akan ditahan oleh askar-askar yang berkawal. Begitu juga sesiapa yang tidak menyahut cabaran pengawal akan ditembak.

Sumber: Arkib Negara | Wikipedia | Academia.edu

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

9 comments

lik wong said...

tolong buat maklumat struktur untuk bangunan stesen keretapi ipoh

Waazin Aiman said...

STRUKTUR BINAAN STESEN KERETAPI IPOH
Seperti banyak stesen awal dibina di bawah Railway Perak, pembinaan 1894 stesen adalah asas, yang terdiri daripada struktur kayu setingkat dengan besar bumbung berjubin nada dan susun atur terbuka secara keseluruhan.

Reka bentuk 1917 stesen diilhamkan oleh Arthur Benison Hubback, pembantu seni bina British kepada Pengarah Kerja Raya dikreditkan untuk mereka bentuk bangunan-bangunan awam di British Malaya dalam pelbagai gaya Barat penjajah vernakular serta "Neo-Moorish / Mughal / Indo-Saracenic / Neo-Saracenic "gaya yang menarik pengaruh dari seni bina kolonial British India.

Berbeza dengan stesen keretapi Kuala Lumpur, bahagian luar stesen Ipoh adalah lebih unik dalam reka bentuk, lukisan unsur-unsur seni bina Baroque dan Edwardian dan menggabungkan tinggal di desa yang sederhana pada asas tingkat bawah, dibuka pediments tajam dan melengkung, menggunakan banyak tiang, dan kubah pusat yang besar, Struktur binaan mengintegrasikan elemen vernakular seperti dalam, serambi terbuka ke tingkat bawah dan tingkat atas bangunan (serambi tingkat bawah 183 meter, panjang bidang hadapan stesen ).

Walaupun estetika keseluruhan, unsur-unsur seni bina Indo-Saracenic masih ditemui dalam bentuk chhatris kecil menjulang tinggi ke atas tiang sokongan sudut di kedua-dua struktur.

Stesen ini mempunyai tiga platform; satu platform sampingan dan dua platform pulau dihubungkan dengan terowong bawah tanah, dengan keluli-dan-kayu nada kanopi sebagai tempat perlindungan.

Waazin Aiman said...

betulkan aspek tatabahasa kerana ada masalah terjemahan..

Anonymous said...

tolong buat maklumat struktur bangunan muziun diraja negeri kedah . boleh?sebelum hari sabtu sebab nk balik asrama dh

Unknown said...

struktur stesen keretapi kuala lumpur ada tak? kalau ada tolong bagi .Terima Kasih.

Anonymous said...

Boleh bagi maklumat bangunan stesen kuala lumpur pada hari ini?Terima kasih.

Anonymous said...

boleh tak bagi maklumat struktur muzium diraja kl??tq please.

Tamil Selvi said...

boleh tak bagi maklumat struktur bangunan kellie's castle batu gajah perak

Tamil Selvi said...

boleh tak bagi maklumat struktur bangunan kellies castle batu gajah perak