Terkini

Tahniah! TMJ Selamat Timang Puteri Sulung Yang Comel

JOHOR BAHRU: Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung, pagi ini.


Tahniah! TMJ Selamat Timang Puteri Sulung Yang Comel

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, mengumumkan berita gembira itu dalam satu kenyataan, di sini pagi ini.

Jumaah Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua.

Seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah. Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat," katanya.

Baca: TMJ Sah Bergelar Suami Kepada Cik Khaleeda Bustamam

Baca juga: Majlis Istiadat Persandingan TMJ & Che Puan Khaleeda (12 Gambar)



Malah, berita gembira ini turut dikongsi di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers menyatakan bahawa Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan puteri sulung.

Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua iaitu seorang puteri pada 25hb Jun 2016 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat. Allah Peliharakan Sultan.
-----
Praise be to Allah SWT and utmost congratulations to HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, and HH Che Puan Khaleeda Bustamam following the birth of their first child, a princess on June 25th 2016 in the royal ward of the Sultan Aminah Hospital, Johor Bahru. HH Che Puan Khaleeda Bustamam and her princess are now in good health. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Apapun tahniah kepada baginda dan semoga puterinya membesar dengan sihat. Amin...

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments