Tindakan Mrym Lee Satu Provokasi Terhadap Umat Islam - Dr. Farouk

Pengarah Islamic Renaissance Front, Dr Ahmad Farouk Musa telah membidas seorang gadis, Mrym Lee kerana melakukan provokasi terhadap umat Islam lain yang sedang berpuasa pada bulan Ramadan dengan makan secara terbuka atas alasan ketika itu dia dalam keadaaan ‘uzur’.


Tindakan Myrm Lee Satu Provokasi Terhadap Umat Islam - Dr. Farouk

Menurut Dr. Farouk, Islam tidak berkisar kepada halal dan haram sebaliknya Islam mempunyai komponen lain yang dikenali sebagai adab dan akhlak.

Beliau juga mempersoalkan di mana adab seorang yang beragama tetapi tidak menghomati norma-norma kehidupan.


“Kami sangat menentang kepolisan moral sama seperti anda. Tetapi perlukah kita menghasut untuk tindakan yang tidak perlu hanya kerana tindakan kita yang provokatif? Apakah tujuan sebenar tindakan seperti itu? Apa faedah yang kamu dapat daripada tindakan membangkang seperti itu? Untuk buktikan bahawa orang Islam kebanyakannya tidak bertimbang rasa?” ujar beliau.

Baca: Wanita 'Period' Ini Makan Secara Terbuka Di Bulan Ramadhan Dikecam Netizen

Beberapa hari lalu, Mrym Lee mencetuskan kontroversi di media sosial apabila menceritakan pengalamannya bersama rakan bukan Islam makan di restoran Chicken Rice Shop, Quill City Mall di ibu negara waktu tengah hari.

Ia menyebabkan orang ramai mengecamnya kerana tidak sensitif dan tidak menghormati kesucian bulan Ramadan. Lebih dahsyat, ramai yang marah dengan tindakan Mrym membuat tinjauan pendapat umum berhubung isu tersebut.


Dr Farouk Musa turut mempersoalkan apakah yang cuba dicapai oleh Myrm dengan makan dikhalayak ramai dan adakah ia memberikan kepuasan kerana boleh makan dengan bebas pada bulan Ramadan.

Baca: “Kakak Aku Malu Nak Beritahu Satu Dunia Dia Datang Bulan, Tak Puasa..”

“Secara jujur saya melihat perbuatan ini sebagai tindakan provokasi yang tidak diingini,” katanya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments