Tugasan Sejarah PT3 2016: Panduan Lengkap Menulis Sumber Rujukan

Ini adalah kaedah menulis Rujukan untuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Sumber Rujukan merupakan tajuk terakhir yang mesti dimasukkan dalam laporan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Jika tiada apa perubahan diumumkan tentang cara penulisan ini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia maka panduan ini boleh digunakan.


Kerja Kursus Sejarah PT3 2016: Panduan Lengkap Menulis Sumber Rujukan

Peringatan: Pewarnaan teks dalam artikel ini adalah untuk tujuan penerangan sahaja dan BUKAN kaedah atau cara menulis rujukan dalam kerja kursus.

Berikut ini adalah cara-cara menulis sumber rujukan. Cara penulisan berbeza, mengikut sumber rujukan yang anda perolehi.

1. Buku Ilmiah,
Contoh penulisan rujukan:


Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2003, Sejarah Tingkatan 2, Kuala Lumpur : DBP


Keterangan:
  • Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, - Nama Pengarang, tulis semua nama yang tercetak pada buku yang difotostat.
  • 2003 - Tahun buku diterbitkan.
  • Sejarah Tingkatan 2 - Tajuk buku, condongkan font (italic).
  • Kuala Lumpur - Tempat buku diterbitkan.
  • DBP - Syarikat yang menerbitkan buku
## Jika buku yang anda fotostat tidak ada nama pengarang, ia dianggap bukan buku ilmiah. Ia dianggap sebagai sumber lain.


2. Jurnal
Contoh penulisan rujukan::

Ahmad Masjidin, "Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara" dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah, Bil 8, April 1979.

Keterangan:
  • Ahmad Masjidin, - Nama Pengarang
  • "Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara" - Tajuk artikel.
  • Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah, - Nama Jurnal, condongkan fon (italic).
  • Bil 8, - Nombor jilid.
  • April 1979 - Tahun penerbitan.

3. Akhbar
Jika keratan akhbar merupakan bahan photostat, pastikan photostat juga nama dan tarikhnya. Tulisan tangan untuk nama dan tarikhnya tidak diterima.

Contoh penulisan rujukan:

Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5
         |                   |              |
Nama akhbar           Tarikh terbitan      Mukasurat

4. Majalah
Contoh penulisan rujukan:

Majalah Jelita, Jun 1995, halaman 5-10
   |                            |              |
Nama Majalah          Tarikh terbitan     Mukasurat

5. Orang Sumber
Contoh penulisan rujukan:

Encik Ali bin Mat, 43 tahun, No. 21, Jalan Lundu, Taman Lili, 52000, Kuala Lumpur.

Letakkan nama orang sumber, umur dana alamat tempat tinggal.


6. Melawat Tempat Kajian
Contoh penulisan rujukan:

Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur

Letakkan nama tempat dan alamat.

7. Internet
Malayan Union, http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm

Letakkan tajuk artikel dan alamat laman sesawang.

8. Televisyen
  • Tajuk program
  • Tarikh
  • Masa
  • Rangkaian / Saluran TV
9. Radio
  • Tajuk program
  • Tarikh
  • Masa
  • Rangkaian / Saluran Radio

10. VCD/DVD
  • Tajuk program
  • Terbitan

11. Sumber lain
  • Jenis sumber
  • Alamat/punca sumber

Calon-Calon PT3 2016: MESTI BACA...

» Tajuk, Maklumat Penting Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Contoh Jawapan Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Struktur Beberapa Bangunan Dan Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang Bangunan, Binaan Dan Monumen Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang 30 Bangunan / Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Apakah Kepentingan Memelihara Bangunan dan Binaan Bersejarah?

» Sejarah PT3 2016 - Cadangan Langkah² Memelihara Bangunan Sejarah

» Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016: Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Struktur Binaan Muzium Perang, Pulau Pinang

» Sejarah PT3 2016: Tujuan Dan Sebab Bangunan / Binaan Bersejarah Dibina

» Sejarah PT3 2016 - Fungsi & Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini

» Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 2016, Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Panduan Lengkap Menulis Sumber Rujukan

PANDUAN LENGKAP INI BOLEH DIMUAT TURUN DI SINI

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

1 comment

Anonymous said...

maklumat stesen kuala lumpur ada tak?