Terkini


Video: Banduan Rusia Lepaskan Diri Melalui Lubang Makanan

Moscow 21 Jun – Seorang banduan menggunakan kelicikannya memecah masuk rumah apabila meloloskan diri dari tempat kurungannya hanya melalui lubang makanan dam minuman yang biasanya terdapat pada pintu setiap sel.


Video: Banduan Rusia Lepaskan Diri Melalui Lubang Makanan

Malah, aksi Rustam Shahrudinov, 25, melepaskan diri tanpa seurat benang dari sel kurungannya juga sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Mail Online melaporkan, insiden itu berlaku di bandar Izberbash, Republik Dagestan di barat daya Rusia.

Dalam rakaman itu, Rustam dilihat bertungkus-lumus menolak keluar tubuhnya yang kurus kering bagi melepasi lubang berkenaan.

Setelah berjaya meloloskan diri, banduan itu mencapai pakaiannya menerusi lubang yang sama dan sempat memakai baju serta seluar sebelum berjalan pergi tanpa diawasi sesiapa.


Video tersebut juga tidak memperlihatkan kelibat warden penjara, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kawalan keselamatan yang longgar.

Beberapa pegawai penjara juga telah dipecat berikutan insiden berkenaan.

Rustam yang dipenjara atas kesalahan memecah masuk rumah dan mencuri sememangnya terkenal dengan kelicikannya menyusup masuk ke tempat-tempat sempit semasa melakukan jenayah.


Namanya juga telah disenarai sebagai individu dikehendaki di Republik Dagestan selepas melarikan diri dari penjara.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments