Video: Dua Lelaki Gergasi Dirakam Di Google Earth Cetus Kontroversi

Dua orang lelaki gergasi de­ngan ketinggian 2.7 meter yang dipercayai oleh ahli teori konspirasi sebagai dewa zaman Mesopotamia telah dirakam sedang berjalan di sebuah bandar berhampiran Piramid Giza, Mesir, baru-baru ini.


Video: Dua Lelaki Gergasi Dirakam Di Google Earth Cetus Kontroversi

Gambar-gambar rakaman me­­nerusi aplikasi Google Earth itu menunjukkan dua susuk tubuh yang tinggi dan menggemparkan ribuan pengguna media sosial, sama ada mereka percaya atau meragui imej tersebut.

Laporan Mail Online menyebut, imej yang dimuat naik di YouTube bertajuk, Unreal! Two Giant Men spotted nearby Giza Pyramids! itu diperoleh seorang pengguna bernama MrMBB333 dalam aplikasi ber­kenaan semasa membuat pencarian sebuah kedai roti Dolci, tidak jauh dari Piramid Giza.

Bercakap mengenai video itu, MrMBB333 berkata, gambar tersebut menunjukkan dua orang lelaki gergasi yang pelik.

“Pinggang lelaki itu melebihi bumbung kereta dan bukan hanya seorang, tetapi ada dua orang. Salah seorang lelaki itu lebih tinggi berbanding lelaki satu lagi.

“Bercakap tentang kemba­linya Annunaki,” katanya.

Annunaki adalah sekumpulan dewa pada zaman Mesopotamia yang didakwa mencipta manusia dan piramid.

Dua individu itu dirakam sedang memakai seluar jeans dan kemeja lengan panjang dengan satu daripadanya membawa sebuah bakul.


“Lelaki itu amat besar, saya tidak peduli apa yang orang lain cakap, dia mempunyai ketinggian lebih kurang 2.7 meter,” kata seorang pengguna YouTube yang mengulas video berkenaan.

Seorang lagi pengguna meng­­andaikan, mungkin Annunaki masih berada pada zaman ini.

Bagaimanapun, pengguna YouTube lain kurang yakin de­ngan pendedahan MrMBB333 dan mempersoalkan bagaimana gambar tersebut adalah faktor perspektif.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments