Video Iklan Raya Samsung Guna Aplikasi ‘WhatsApp’ Papar Pergaduhan Keluarga Pak Dan Tapi...

MESKIPUN tema kekeluargaan boleh dianggap ‘klise’ dalam penghasilan sesebuah video khususnya setiap kali menjelangnya hari raya, namun iklan yang dihasilkan syarikat telefon terkemuka Samsung nampaknya berjaya menyentuh hati ramai pengguna media sosial.


Video Iklan Raya Samsung Guna Aplikasi ‘WhatsApp’ Papar Pergaduhan Keluarga Pak Dan Tapi...

Iklan raya yang diberi tajuk “Siberturahim” dimuat naik di laman YouTube Samsung Malaysia pada 10 Jun lalu merupakan antara iklan raya paling awal yang dilancarkan tahun ini berbanding dengan syarikat-syarikat besar lain seperti Petronas, Maxis dan Celcom.

Iklan berdurasi dua minit 51 saat itu menggunakan medium yang cukup dekat dengan orang ramai apabila memilih aplikasi ‘WhatsApp’ sebagai platform untuk menyampaikan mesej kekeluargaan dan menyatukan hubungan adik-beradik.

“Setiap kita mempunyai cerita keluarga sendiri. Bersama kita hulurkan tangan bermaafan sempena Ramadhan dan Syawal ini. #samsungramadhan,” tulis Samsung Malaysia sebagai kapsyen kepada iklan tersebut.


Seperti pepatah yang berbunyi, “air dicincang tidak akan putus”, iklan tersebut memaparkan perbualan dalam grup WhatsApp keluarga Pak Dan yang diberi nama ‘Pak Dan’s Clan’.

Ia bermula apabila si ibu dilihat sedang berbual dengan anak perempuannya mengenai pilihan warna tudung, sebelum si abang menyertai perbualan tersebut dan mengusik adik dan ibunya.

Si ibu memaklumkan bahawa beliau sedang mengemas bilik sambil melihat gambar-gambar lama keluarga dan kemudiannya menghantar beberapa gambar lama ke grup WhatsApp itu dalam bentuk video.

Melihat video tersebut, si adik melahirkan perasaan rindu kepada abangnya yang mesra dengan panggilan angah selepas dipercayai merajuk dan menghilang tanpa khabar berita.

Perbualan grup tersebut mula menjadi tegang apabila si adik menyatakan bahawa abangnya adalah punca kepada insiden tersebut yang menyebabkan angah merajuk.

Si ayah kemudiannya masuk dalam kumpulan whatsApp itu sebagai usaha untuk meredakan keadaan, namun si abang bertindak tinggalkan grup tersebut.

Untuk tahu apa yang berlaku seterusnya, tonton video di bawah:


Segelintir pengguna media sosial memberikan reaksi positif terhadap iklan tersebut.

Video Iklan Raya Samsung Guna Aplikasi ‘WhatsApp’ Papar Pergaduhan Keluarga Pak Dan Tapi...

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments