Video: Monyet ‘Rompak’ Kedai Emas Dan Larikan Wang Tunai

Sebuah kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah kedai emas di India merakam satu ‘tragedi’ yang tidak diduga yang dilakukan oleh seekor monyet.


Menerusi klip video yang berdurasi 1 minit 7 saat itu, seekor monyet dilihat berada di pintu hadapan premis berkenaan dan seorang pekerja cuba menghalaunya dengan memberikan buah namun tidak diendahkan.

Namun, ia kemudiannya dilihat menolak pintu kaca dan meluru masuk ke dalam premis berkenaan.


Monyet terbabit melompat ke bahagian kauter lalu membuka laci dan mengambil sejumlah wang kertas serta berlalu meninggalkan premis berkenaan sambil mengigit wang curian itu.


Cubaan pekerja kedai untuk mendapatkan semula wang terbabit gagal, walaupun mereka cuba mengalihkan perhatian monyet itu dengan memberikan pisang.

Monyet berkenaan melarikan kira-kira 144 dolar Amerika bersamaan RM 586.97.

No comments