Terkini

Video: Pesawat Singapore Airlines (SIA) Terbakar Dalam Penerbangan ke Milan

SINGAPURA, Isnin – Pesawat Singapore Airlines (SIA) dalam penerbangan ke Milan terbakar ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi, di sini hari ini.


Pesawat Singapore Airlines (SIA) Terbakar Dalam Penerbangan ke Milan

SIA dalam kenyataannnya memaklumkan bahawa enjin kanan pesawat itu terbakar selepas ia mendarat kira-kira jam 6.50 pagi.

“Api berjaya dipadamkan perkhidmatan kecemasan lapangan terbang dan semua 222 dan 19 kru tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua penumpang dipindahkan dan dihantar ke terminal lapangan terbang dengan bas. Mereka diberi pilihan menangguhkan penerbangan atau menggunakan penerbangan lain,” katanya.


Seorang penumpang, Lee Bee Yee, yang berada dalam penerbangan itu dengan suaminya, berkata, pesawat itu mengalami kebocoran minyak kira-kira tiga jam selepas berlepas dari Singapura.

“Saya dapat hidu bau minyak. Juruterbang memberitahu akan berpatah balik kerana enjin sebelah kanan mengeluarkan minyak.



“Kapten berkata mereka tidak dapat menghidupkan enjin itu atau pesawat akan bergegar. Mereka tidak boleh terbang ke Milan dalam keadaan itu dan terpaksa berpatah balik,” katanya.

Beliau berkata, selepas pesawat itu mendarat di Singapura kira-kira jam 7.00 pagi waktu tempatan, penumpang bersorak dan bertepuk tangan. Kemudian, ada letusan dan ‘api besar’ pada sayap kanan pesawat.

“Ia adalah penantian selama lima minit yang memeritkan untuk pasukan bomba tiba bagi memadamkan kebakaran itu.

“Apabila pasukan bomba tiba, mereka menyembur busa dan air ke arah pesawat dan memadamkan api,” katanya. – Agensi

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments