Terkini

Video: Suami Isteri Disembur Lada Kerana Letak Kereta Di Laluan Pejalan Kaki

ST PETERSBURG – RUSIA. Seorang wanita pengsan selepas disembur penyembur lada selepas bergaduh dengan dua orang lelaki minggu lepas.


Laporan Dailymail mengatakan Vladislav Oreshkin dan seorang lagi lelaki cuba menghalang suami mangsa, Konstantin dari meletakkan keretanya di laluan pejalan kaki di St Petersburg.

Mangsa yang hilang sabar kemudian menyerang kedua-dua lelaki dan mula bergaduh.

Ketika Konstantin cuba meleraikan pergaduhan, beliau dan isterinya disembur penyembur lada oleh seorang lagi lelaki lain.


Mangsa dan suaminya kemudia dibawa ke hospital.

Salah seorang lelaki yang diserang juga dirawat kerana disyaki mengalami retak pada bahagian soket matanya.

Sementara itu, Vladislav memberitahu polis lelaki yang menggunakan penyembur lada tersebut hanya mahu mempertahankan diri.

“Wanita tersebut mengamuk dan menyerang lelaki berkenaan,” jelas Vladislav.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments