Viral Peluk Islam, Acappan Buat Laporan Polis

Selebriti popular Acapan kini menjadi tumpuan ramai apabila menjadi viral kononnya telah memeluk agama Islam. Acappan akhirnya telah membuat laporan polis di Balai Petaling, Jalan Klang Lama, berhubung penyebaran video serta gambar yang mendakwa dirinya telah memeluk Islam.


Viral Peluk Islam, Acapan Buat Laporan Polis

Mengakui terkejut dengan perkara tersebut, Acappan atau nama sebenarnya R Samynathan berkata, berita yang tersebar itu membuatkan dia tidak menyangka kunjungannya ke surau berkenaan menjadi viral di laman sosial.

KISAH SEBENAR

Sebenarnya Acapan hadir ke surau tersebut adalah bagi memenuhi jemputan berbuka puasa daripada beberapa kenalan, pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi.


Ini komennya:

Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

“Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam,”

“Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

“Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama,”

“Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini”

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.

Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan artis di media sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan.

Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments