Terkini

Wanita Tak Mengaku Salah Gubah Wang Haram Berjumlah RM90,000

Seorang ibu beranak empat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM90,000 di Sungai Buloh, dua tahun lalu.


Wanita Tak Mengaku Salah Gubah Wang Haram Berjumlah RM90,000

Nursuhara Ismail, 36, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang itu ke dalam akaun miliknya daripada Maimunah Dollah, 44, hasil aktiviti haram.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Kampung Baru Sungai Buloh, 14 Julai 2014.


Tertuduh melakukan kesalahan itu mengikut Subsekyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fikrie Ahmad Zubaidie, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Zamri menetapkan jaminan RM6,000 dan membenarkan perbicaraan kes dijalankan serentak bersama dua tertuduh lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Jun ini.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments