“Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau Temukanlah Aku Dengan Orang Yang Mencuri Tebu Aku...

MELAKA: “Ya Allah, ya Tuhanku, Kau temukanlah aku dengan orang yang mencuri tebu aku. Amin… amin… amin… ya rabbal alamin.” Begitulah doa yang tertera pada kain rentang yang dipasang Wahid Abdul, 55, di laluan masuk ke kebunnya berhampiran Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Balik Bukit.

 “Ya Allah, ya Tuhanku, Kau Temukanlah Aku Dengan Orang Yang Mencuri Tebu Aku...

Wahid berkata, kain rentang itu dipasang sejak dua hari lalu sebagai ikhtiar bagi mengelakkan tanamannya terus dicuri penceroboh dan bagi menginsafkan penceroboh terbabit yang kerap mencuri tebu ditanamnya.

Katanya kejadian itu semakin kerap berlaku sejak awal tahun ini, malah kebun 0.4 hektar itu pernah diceroboh dua kali dalam tempoh seminggu dengan kerugian paling besar dialami Januari lalu selepas hampir satu tan tebunya dicuri.

"Setiap minggu lebih 70 batang tebu dicuri. Bayangkan kerugian saya alami kerana kejadian sama sudah berlaku sejak tahun lalu. Saya boleh mendapat pulangan sehingga RM300 jika tebu diproses menjadi minuman.


"Tebu itu ditanam selepas Aidilfitri tahun lalu sebagai persediaan berniaga di bazar Ramadan tahun ini, namun jumlah tanaman yang semakin kurang menyebabkan saya hanya boleh berniaga untuk tempoh dua minggu sahaja," katanya.

Selain memasang kain rentang tertera doanya, Wahid sebelum ini juga pernah membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua, tahun lalu bagi mengelakkan kejadian sama berulang. - Harian Metro

No comments