Abang Long Fadhil Bertunang, Dedah Status Sebenar Gadis Bertatu

BEKAS gangster terkenal Singapura, Abang Long Fadhil kini sah bergelar tunangan kepada seorang gadis berusia 21 tahun dari Pontian, Johor.


Abang Long Fadhil Bertunang, Dedah Status Sebenar Gadis Bertatu

Abang Long Fadhil atau nama sebenarnya Muhammad Fadhil Husin, 29, mengikat tali pertunangan pada Khamis lalu iaitu ketika sambutan hari raya kedua.

Pada masa yang sama, Abang Long Fadhil menafikan bahawa gadis bertatu di muka yang sebelum ini menjadi viral selepas gambar mereka tersebar di media sosial adalah bakal isterinya.

Baca: Gengster Bertatu Di Muka Berhijrah Lepas Mimpi Kiamat

Abang Long Fadhil, pernah menjelaskan gadis bertatu di muka ini tiada kena mengena dengan dirinya dan dia merupakan seorang model sebuah butik di Johor Bahru.

Baca: Gadis Hijab Bertatu Bergambar Dengan ‘Abang Long Fadhil’ Akhirnya Dedah Siapa Dirinya

“Ini baru betul-betul pasangan saya, Insya Allah. Bukan bertatu di muka seperti dituduh orang ramai sebelum ini.


“Doakan saya dan bakal isteri bahagia dunia akhirat. Insya Allah majlis kenduri diadakan di Pontian sehari selepas bernikah namun tiada majlis dibuat di Singapura,” katanya kepada Sinar Harian.

Abang Long Fadhil

Majlis pernikahan anggota jemaah Tabligh yang sinonim dengan wajahnya yang bertatu di muka itu dijangka berlangsung pada 7 Ogos ini.

Pasangan ini dikatakan berkenalan secara singkat selepas mereka bertemu pertama kali di sebuah kedai pengurup wang di Pasir Gudang, Johor pada 5 Mei lalu.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments