Terkini

Adira Akui Ada Hubungi Ruhainies Minta Penjelasan Tentang Video

BELUM pun sampai setahun hubungan rumah tangga penyanyi Adira dan Datuk Seri Adnan Abu dibina. Pasangan ini telah diuji dengan pelbagai dugaan yang datang melanda. Terbaharu, viral di media sosial penyebaran video suaminya mesra dengan seorang pendatang baharu iaitu Ruhainies di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.


Adira Akui Ada Hubungi Ruhainies Minta Penjelasan Tentang Video

Pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 25, enggan mengulas lanjut berkaitan video yang tersebar dan berharap semua pihak dapat menghormati rumah tangganya dan memberi ruang kepada dia dan keluarga.

“Benar saya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut namun memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung perihal itu.

Baca: Ruhainies Dakwa 'Terperangkap', Datuk Red Kata Ada 2 Kosong Lagi

“Saya berharap agar semua pihak memberi ruang dan memahami situasi saya. Hal rumahtangga terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum pada ketika ini,” katanya.


Tambah pelantun lagu Ilusi ini lagi, dia sendiri telah menghubungi Ruhainies untk mendapatkan penjelasan berhubung ‘khabar angin’ yang tersebar dan menyerahkan segalanya kepada Datuk Red, bagaimana cara dia hendak menamatkan isu ini.

Baca: Pegang Tangan & Rangkul Pinggang, Datuk Red Tak Tolak Jika Ada Jodoh Dengan Ruhainies

Bagaimanapun, menurut Adira, dia redha dan terima apa sahaja keputusan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

“Saya sudah menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan dan tidak timbul rasa marah terhadap beliau.
“Biarlah suami saya menyelesaikan kemelut ini sendiri bersama Ruhainies. Apa sekali pun yang terjadi, saya reda,” katanya.

Baca: Adira Masih 'Membisu', Suami Keluar Berkepit Dengan Ruhainies

Adira mendirikan rumah tangga bersama Adnan sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015. – BH Online

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments