Arab Saudi Ulangi Fatwa Larang Permainan Pokémon GO

RIYADH: Arab Saudi memperbaharui fatwa 2001 melarang permainan atau kartun Pokémon selepas Pokémon GO, yang boleh dimuaturun menggunakan telefon pintar, menjadi kegilaan orang ramai.


Arab Saudi Ulangi Fatwa Larang Permainan Pokemon Go

Aplikasi yang berdasarkan Nintendo 1996 itu menarik perhatian global apabila pengguna dilihat berkeliaran di dunia sebenar kononnya mencari watak kartun yang tersembunyi.

Walaupun Pokémon GO tidak boleh diperolehi secara sah di negara ultra-konservatif Arab Saudi, ramai yang memuat turun secara tidak sah dan mula “memburu” raksasa itu di alam maya itu.

Jawatankuasa Tetap Kajian Akademik dan Ifta dalam pengumuman terbaru di laman webnya menyatakan fatwa 2001 terhadap Pokémon GO diterbitkan semula selepas menerima pelbagai persoalan mengenainya daripada orang ramai.

Menurut fatwa 15 tahun itu, permainan seperti ini sama dengan aktiviti perjudian dan konsep watak berdasarkan teori evolusi Charles Darwin yang ditentang Islam.

Tambahnya lagi, kebanyakan permainan kad menggunakan simbol agama “sesat” dan organisasi seperti Zionisme dan elemen Israel, salib Kristian, Freemasonry dan simbol dari agama asli Jepun, Shinto.

Permainan Pokemon bukan bersifat Islam kerana ia bersifat syirik, kata kenyataan tersebut tanpa secara khusus merujuk aplikasi telefon pintar yang popular itu.

Pokémon GO menggunakan lokasi satelit telefon pintar, grafik dan keupayaan kamera untuk menindih raksasa kartun di persekitaran sebenar, mencabar pemain untuk menangkap dan melatih makhluk itu untuk bertempur.

Permainan itu mengundang pelbagai kontroversi selepas dikatakan menjadi punca berlakunya jenayah, pelanggaran undang-undang lalu lintas dan aduan sivik di seluruh dunia. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments