“Baju Merah Akan Lawan Geng Tun Mahathir” – Jamal Yunos

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos mencabar pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meneruskan himpunan anti Najib, dengan gerakan Baju Merah akan turut mengadakan himpunan balas mereka.


“Baju Merah Akan Lawan Geng Tun Mahathir” – Jamal Yunos

“Kita akan menjadikan jalanan merah lagi dengan Himpunan Baju Merah 2.0 jika mereka meneruskan himpunan anti Najib,” katanya pada sidang media di Dataran Sogo di sini hari ini.

Dua hari lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa demonstrasi awam untuk menyingkirkan Najib selepas jabatan kehakiman AS memfailkan tuntutan saman untuk menyita aset yang dikatakan dibeli menggunakan duit daripada 1MDB.

Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan juga ada menyebut mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan aman atas alasan sama.

Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata pendekatan yang diambil itu tidak menunjukkan negara demokrasi.


“Jika mereka hendak singkirkan perdana menteri, buat menerusi PRU yang tidak lama lagi. Tidak faham bagaimana seseorang yang menjadi perdana menteri selama lebih 20 tahun kini menjadi orang yang mengetuai pemberontakan terhadap demokrasi perlembagaan kita.”

Ketika ditanya bila beliau akan mengadakan perhimpunan itu, Jalam berkata mereka akan menganjurkannya pada waktu yang sama dengan bantahan anti Najib, jika ia berlangsung.

“Kali ini kami akan buat lain sedikit dengan mengadakan himpunan pada waktu yang sama dan saya jangkakan akan ada lebih 300,000 datang bagi Perhimpunan Baju Merah 2.0, jika kami terpaksa mengadakannya,” katanya. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments