Terkini

“Banding Kehidupan P. Ramlee?... Awak Hidup Dalam Dunia Serba Bongkak” - Mamat Khalid

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan penerbit filem terkenal David Teo di dalam sebuah portal semalam yang dikatakan menghina seniman agung P Ramlee, pengarah Mamat Khalid melalui laman Facebooknya telah tampil menegur.


“Banding Kehidupan P. Ramlee Dengan Awak Sebab Awak Hidup Dalam Dunia Serba Bongkak” - Mamat Khalid

Menurut Mamat Khalid, kehidupan P Ramlee adalah tidak layak untuk dibandingkan dengan kehidupan artis dan pangarah berkenaan kerana pengarah berkenaan hidup di dalam dunia serba bongkak.

"Susut P Ramlee dahulu pun sebab atas perbuatan manusia seperti awak yang memandang hina, mencari dan memuatnaik segala kehinaan dan keaiban beliau untuk meletakkan beliau di tahap bawah awak,"


"Awak yang rasa lebih bagus dalam dunia perfileman. Awak yang rasa lebih disayangi peminat. Buatlah apa niat suci awak itu tapi tolong jangan guna nama P Ramlee untuk meletakkan awak lebih bagus

“Tolong la...jangan ulang perbuatan mereka yang terdahulu yang sama jahat,” pesan Mamat Khalid.

David Teo semalam dalam kenyataannya kepada portal Berita Projek MMO telah mengatakan dimana setiap pelakon di bawah naungannya perlu bekerja keras hingga menjadi kaya dan jangan menjadi seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang tinggal di tepi Bukit Bintang.


Kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk Seniman.

Seniman dalam satu kenyataannya berkata David tidak layak mengkritik filem P Ramlee kerana filem yang dihasilkan oleh beliau sendiri tiada kualiti.

Sementara itu, David Teo yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) International Group (MIG), mengakui tidak pernah terniat untuk menghina Seniman Agung P Ramlee.

David dalam kenyataannya menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti tersebar di media.

“Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung P Ramlee dan karya-karya beliau.

“Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini.

“Namun, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang tergores dengan isu yang sedang diperkatakan sekarang,” katanya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments