Bas RapidKL Dua Tingkat Tersangkut Bawah Terowong

KUALA LUMPUR: Ia mungkin menggelikan hati bagi segelintir pihak, namun tidak kepada pemandu bas dua tingkat Rapid KL yang terpaksa menanggung malu selepas bas yang dipandunya tersangkut ketika cuba memasuki terowong berdekatan Bulatan Jalan Pudu, di sini, pagi tadi.


Bas RapidKL Dua Tingkat Tersangkut Bawah Terowong

Insiden berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan pulang dari pusat bandar menuju ke depoh Maluri sekitar jam 7.15 pagi, lapor New Straits Times.

Bagaimanapun, Rapid Bus Sdn Bhd memaklumkan bas tersebut tidak membawa penumpang dan hanya pemandu sahaja berada dalam kenderaan berkenaan.

Insiden tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Bus Rapid KL, Mohd Azam Omar memaklumkan tiada sebarang kecederaan berlaku.


"Bas terbabit sudah dibawa ke depoh bas untuk membolehkan pihak pengurusan menjalankan siasatan dalaman dan seterusnya kerja-kerja membaik pulih.

"Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

"Rapid Bus memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna jalan raya," katanya menerusi satu kenyataan.

Difahamkan, bas tersebut telah berjaya ditarik keluar menggunakan bantuan jengkaut. - mD

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments