Terkini

Dana 1MDB Turut Dibelanja Untuk Bayar Hutang Judi - Jabatan Kehakiman AS

Dana syarikat pelaburan negara yang diselubungi kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng turut dibelanjakan untuk bayaran perjudian, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman yang difailkan untuk menyita aset milik beberapa individu dan syarikat.


Dana 1MDB Turut Dibelanja Untuk Bayar Hutang Judi - Jabatan Kehakiman AS

Selain itu dokumen saman yang difailkan di Los Angeles turut menyatakan dana berkenaan dibelanjakan untuk membeli aset defendan, selain membiayai gaya hidup mewah mereka yang turut berkonspirasi dalam penyelewengan itu.

Ini termasuk pembelian lukisan dan barang kemas, hartanah mewah dan membayar selebriti terkenal bagi menghadiri parti.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz -; ahli perniagaan Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.


Dokumen itu turut menyatakan aset milik defendan adalah sebahagian daripada hasil lebih AS$3.5 bilion yang diselewengkan dari 1MDB dalam tempoh beberapa tahun lalu.

BACA: 1MDB: Siapa ‘Malaysian Official 1’ Dalam Saman Jabatan Kehakiman AS

Penggunaan wang yang dilencongkan daripada dana 1MDB untuk kepentingan peribadi oleh mereka yang turut berkonspirasi serta sekutu mereka adalah tidak konsisten dengan tujuan 1MDB mengumpul dana dan 1MDB mahupun kerajaan Malaysia tidak menyedari apa-apa pulangan ke atas pembelian ini dan perbelanjaannya.

Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe, pada sidang media di Washington DC semalam, berkata wang yang dicuri itu adalah membabitkan pelaburan 1MDB yang didakwa digunakan untuk penerokaan minyak.

“Di atas kertas AS$1 bilion digunakan untuk kajian, sebaliknya digunakan untuk peribadi, termasuk membayar hutang perjudian di kasino di Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London serta aset bernilai jutaan dolar, termasuk jet peribadi bernilai AS35 juta,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala yang sangat besar.

Muat turun dokumen saman Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB: [[KLIK SINI]]

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments