Dibaham Harimau Gara-Gara Keluar Kereta Di Taman Hidupan Liar

BEIJING: Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah dibaham harimau selepas bertengkar di sebuah taman hidupan liar di sini kelmarin.


Dibaham Harimau Gara-Gara Keluar Kereta Di Taman Hidupan Liar

Kejadian di Taman Dunia Hidupan Liar Badaling itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dipercayai dari satu keluarga menaiki kereta bersama seorang lelaki dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, ketika kereta dinaiki keluarga itu melalui kawasan yang menempatkan harimau, kedua-dua mangsa dilaporkan mula bertengkar.

Media tempatan melaporkan, seorang wanita keluar dari kereta menyebabkan seekor harimau menyerang dan mengheretnya.


Seorang lagi wanita keluar untuk membantu mangsa, tetapi dia turut dibaham seekor lagi harimau hingga mati.

BACA: Pasangan Lakukan Hubungan 'Terlarang' Dirakam Kamera Drone (VIDEO)

- Harian Metro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments