Dua Lelaki Didakwa Terbabit Bom Kelab Malam Movida Di Puchong

Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan atas tuduhan mengebom pusat hiburan Movida di Puchong, bulan lalu, yang menyebabkan lapan cedera dalam kejadian letupan itu.


Dua Didakwa Terbabit Bom Kelab Malam Movida Di Puchong

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Imam Wahyuddin Karjono, 21, penganggur dan Jonius Ondie @Jahali, 24, pekerja kilang, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Asraf Zubir.

Baca: Lapan Cedera Akibat Letupan Di Kelab Malam Di Puchong


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membaling dan meletupkan bom tangan hingga menyebabkan kecederaan lapan orang di premis itu dan perbuatan mereka dilakukan dengan niat untuk melanjutkan satu perjuangan ideologi serta dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di negara ini.


Kesalahan itu dilakukan di Movida Boulevard, Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, kira-kira 2 pagi, pada 28 Jun lalu.

Baca: Polis Sahkan Letupan Pusat Hiburan Di Puchong Guna Bom Tangan

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 130C (1)(b) Kanun Keseksaan yang boleh hukum di bawah peruntukan sama yang dibaca bersama 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 September ini sebagai sebutan semula kes. - myMetro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments