Duta AS Di Putrajaya Bincang Tindakan Sita Aset 1MDB

KUALA LUMPUR: Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari Amerika Syarikat bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Duta AS Di Putrajaya Bincang Tindakan Sita Aset 1MDB

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyatakan perkara ini dalam pertemuannya dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun di Kementerian Luar di Putrajaya semalam.

Pertemuan itu diadakan susulan sidang media oleh Peguam Negara Amerika Syarikat pada 20 Julai mengenai tindakan memfailkan saman sivil, menurut kenyataan dari kementerian.

Baca: Jabatan Kehakiman AS Failkan Saman, Mohon Rampas Harta 1MDB


“Bagaimanapun, Malaysia bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan ke atas syarikat Malaysia selaras dengan protokol antarabangsa asalkan Malaysia dan Amerika Syarikat bekerjasama dalam perkara ini,” kata kenyataan itu.

Baca: Siasatan 1MDB: Kerajaan Malaysia Akan Beri Kerjasama Penuh

Kementerian berkata Malaysia amat menghargai hubungan dua halanya dengan Amerika Syarikat dan meminta negara itu memperakui pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangani isu 1MDB. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments