Terkini

Dua Isteri Cium Serentak Pipi Suami, Elakkan Madu Cemburu

Dua Isteri Cium Serentak Pipi Suami, Elakkan Madu Cemburu - Demi menjaga hati isteri kedua, ketua pemuda Umno bahagian Indera Mahkota, Pahang memuat naik gambar dicium kedua-dua isterinya di Facebook awal minggu lepas.


Dua Isteri Cium Serentak Pipi Suami, Elakkan Madu Cemburu
Sempena sambutan Aidilfitri, Muhammad Faiz Hashim dicium isteri pertama Norfadhilah Syed Mohd Idris (kiri) dan isteri kedua Nik Noor Syuhada Kamarudin. — Foto ihsan Facebook/Muhammad Faiz Hashim

Muhammad Faiz Hashim berkata gambar yang diambil ketika satu Syawal itu turut meraikan ulang tahun perkahwinan ke-15 bersama isteri pertama Norfadhilah Syed Mohd Idris, 35.

“Tujuan saya memuat naik gambar kedua-dua isteri dan anak bukan mahu mencari publisiti tetapi hanya untuk menggambarkan betapa indahnya hikmah dan nikmat berpoligami secara harmoni.


“Tidak adil sekiranya saya mengambil gambar hanya bersama isteri pertama sedangkan hakikatnya saya masih mempunyai seorang lagi isteri Nik Noor Syuhada Kamarudin, 30, yang perlu dijaga hatinya.

“Disebabkan itu saya memuat naik gambar dicium dua isteri bersama anak-anak bagi menunjukkan keharmonian rumah tangga kami,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro beberapa hari lepas.

Muhammad Faiz Hashim
Posted by Hasbullah Abu on Wednesday, 13 July 2016

Faiz, 35, berkata gambar yang dimuat naik itu bagi menunjukkan kepada rakan Facebook indahnya hidup bermadu dan bukan sesuatu yang menakutkan.

Katanya, kedua-dua isteri yang bermaaf-maafan pada pagi Syawal lalu turut mengundang kegembiraan dalam keluarganya.

BACA: Salleh Yaakob Kongsi Ttips Untuk Lelaki Yang Ingin Berpoligami..

“Kedua-dua isteri memang rapat dan saya sangat bersyukur kerana mereka juga saling menjaga antara satu sama lain.

“Kami juga selalu meluangkan masa bersama lapan anak berusia setahun hingga 13 tahun dan ini menambahkan lagi ikatan kekeluargaan antara kami,” beliau dilaporkan berkata. - MM Online

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments