Elly Mazlein Selesa Hidup Sendiri, Serik Berkahwin Sekali Lagi

ELLY Mazlein selesa hidup sendiri, Serik dengan lelaki. Kegagalan rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun membuatkan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein sudah serik untuk berkahwin sekali lagi.


Elly Mazlein Selesa Hidup Sendiri, Serik Berkahwin Sekali Lagi

Bagaimanapun dengan segala dugaan dan ujian yang menimpa dirinya, Elly akur dengan ketentuanNya dan menganggap bahawa segala apa yang terjadi kepada dirinya punya hikmah disebaliknya dan terus bersikap positif.

"Atas apa yang telah terjadi sebelum ini, saya memang sudah tidak percaya dengan lelaki lagi. Namun apa yang terjadi ini ada hikmah buat diri saya agar lebih berhati-hati menempuhi kehidupan selepas ini," katanya seperti yang dilaporkan Media Hiburan.

Elly memberitahu dirinya lebih selesa hidup bersendirian selain menumpukan perhatian sepebuhnya kepada anak perempuannya, Sefhia.


Malah penyanyi yang pernah hits dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan juga memaklumkan bahawa dirinya masih tidak bersedia lagi untuk membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki ketika ini.

Terdahulu, Elly pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan seorang pelakon baru, Faye Kusairi sebagai punca penceraian beliau dan bekas suami, Azmi Hatta.

Namun begitu, Faye menafikan dakwaan itu serta meminta Elly untuk tampil menarik balik tuduhan tersebut dengan memberinya tempoh selama dua bulan dan memohon maaf kepadanya. -mD

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments