Header Ads

  • Terkini

    Empat Pemain Bola Sepak Termasuk Kanak-Kanak Dipenggal Militan IS

    Syria – Empat ahli pasukan bola sepak dipenggal di khalayak umum oleh kumpulan militan IS selepas dituduh sebagai pengintip kepada pemberontak Kurdish.


    Empat Pemain Bola Sepak Termasuk Kanak-Kanak Dipenggal Militan IS

    Portal berita antarabangsa, Metro.co.uk melaporkan antara yang dipenggal termasuk kanak-kanak.

    Selepas memenggal kesemua mangsanya, kumpulan militan itu juga dikatakan mendedahkan kesemua identiti dan gambar mayat mangsa.

    Antara yang dipenggal adalah  Osama Abu Kuwait, Ihsan Al Shuwaikh, Nehad Al Hussen dan Ahmed Ahawakh.


    Sukan terancang telah diharamakan oleh IS sejak dua tahun lalu dan sejak ia diharamkan, kumpulan tersebut sering mensasarkan serangan ke atas peminat sukan.

    Minggu lepas, kumpulan itu dikatakan membunuh 13 remaja lelaki yang ditangkap menonton perlawanan bola sepak Piala Asian.

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad