Terkini

Erdogan Isytihar Darurat 3 Bulan Untuk Hapus Saki Baki Pengkhianat

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam mengisytiharkan darurat selama tiga bulan berikutan cubaan rampasan kuasa yang berlaku pada Jumaat lalu.


Recep Tayyip Erdogan

Erdogan dalam pada itu turut berikrar untuk mencari dalang di sebalik kumpulan pengganas yang mencetuskan pertumpahan darah dalam insiden tersebut.

Sebelum ini, dia mendakwa pengikut kepada musuh ketatnya, seorang pendakwah yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen sebagai dalang utama cubaan rampasan kuasa itu, sehingga menyebabkan Erdogan mengarahkan penahanan dan pemecatan lebih 50,000 orang.


“Pengisytiharan darurat ini penting bagi menghapuskan segera semua elemen organisasi keganasan yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa itu,” kata Erdogan di istana Presiden di Ankara. - AFP

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments