Gara-Gara Pokémon GO, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Terkejut!

AUCKLAND - NEW ZEALAND. Seorang lelaki sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjadi pemburu Pokémon  secara sepenuh masa.


Mungkin kedengaran sinis, namun selepas Tom Currie menyatakan alasan mengapa dia berbuat demikian, pasti anda akan mengubah tanggapan negatif tersebut.

"Saya mahukan cabaran," katanya kepada The Gurdian selepas membuat keputusan memperuntukkan masa dua bulan untuk Pokémon GO.
"Saya telah bekerja lebih 6 tahun, dan saya berasa sangat tertekan dan perlukan rehat, jadi Pokemon Go adalah peluang saya untuk hidup seperti apa yang diimpikan," katanya.


Permainan Pokemon Go menjadi fenomena di seluruh dunia sejak dilancarkan baru-baru ini.


Aplikasi permainan Pokémon GO secara dasarnya mengetengahkan konsep permainan menangkap dan berinteraksi dengan Pokémon.

Sumber Sinar Harian

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments