Geografi PT3 2016: Bahan Grafik Untuk Kajian Pengangkutan Awam

Geografi PT3 2016: Bahan Grafik Untuk Kajian Pengangkutan Awam. Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian,  Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data.


Geografi PT3 2016: Bahan Grafik Untuk Kajian Pengangkutan Awam

Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf.

Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.)

Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti ada jadual. Ada jadual tidak semestinya ada graf.

Jika di kawasan kajian terdapat beberapa jenis pengangkutan awam, anda boleh mendapat maklumat tentang bilangan responden yang menaiki jenis pengangkutan awam tersebut.


Contohnya, daripada 20 orang responden, terdapat 10 orang pernah menaiki KTM komuter, 8 orang menaiki bas awam dan 2 orang pernah menaiki teksi. Jumlah keseluruhan tidak semestinya 20 orang. Bina jadual dan lukis graf mudah daripada data ini seperti gambar di bawah.

Geografi PT3 2016: Bahan Grafik Untuk Kajian Pengangkutan Awam

Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di Taman Saujana, Kajang

Carta pai yang baik dilukis mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. (kalau tidak faham, rujuk buku teks anda) Jangan lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil. Kalau menggunakan komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa.

Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di Taman Saujana, Kajang

Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di Taman Saujana, Kajang

Hasil rujukan @ soal selidik tentang kepentingan / jenis / masalah atau cadangan mengurangkan kesan boleh juga disampaikan dalam bentuk peta minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta minda, perlu ada tajuk, idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan idea utama dan maklumat.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual dan graf.  Jadual dan carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah aliran. Peta minda dan rajah aliran. Dan sebagainya. Nak buat lebih daripada dua, boleh saja.


Bahan grafik boleh dimasukkan dalam mana-mana bahagian Proses Akhir yang menyumbang 70 markah. Jika anda membina jadual dan melukis graf tentang pendapat responden untuk masalah pengangkutan awam, masukkan kedua bahan grafik ini di bahagian ini.

Diubahsuai dari: isyayy.blogspot.my

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments