Terkini

Geografi PT3 2016: Kerangka Perlaksanaan Tugasan Pengangkutan

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Geografi 2016 kali ini mengkehendaki calon untuk menyediakan satu kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal/sekolah calon. Berikut merupakan kerangka pelaksanaan tugas sebagai panduan kepada calon. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Geografi PT3 2016: Kerangka Perlaksanaan Tugasan Pengangkutan

Kerangka Pelaksanaan Tugasan

Terdapat 3 bahagian dalam tugasan PT3 Geografi iaitu :

1. Perancangan (10 markah)

  • Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh.
  • Perancangan merangkumi :
  1. Tajuk
  2. Jadual Kerja
  3. Objektif Kajian
  4. Kaedah Kajian


2. Proses Awal (20 markah)

  • Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
  • Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
  • Proses awal merangkumi :
  1. Borang Soal Selidik/Temubual (10-20 responden) - [[Klik Sini]]
  2. Data
  3. Masalah - [[Klik Sini]]
  4. Cadangan penambahbaikan

3. Proses Akhir (70 markah)

  • Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
  1. Konsep (5 markah) : Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan beserta contoh. [[Klik Sini]]
  2. Jadual (5 markah) : Mempunyai data, tajuk & sumber
  3. Graf/Carta pai (15 markah) : Graf/Carta pai dibina lengkap dan tepat. Ada justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran.
  4. Masalah (20 markah) : Mengenalpasti dan menghuraikan tiga atau lebih masalah yang relevan dan tepat. [[Klik Sini]]
  5. Cadangan penambahbaikan (20 markah) : Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional
  6. Penilaian umum (2 markah) : Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis.

Tempoh masa yang diberi adalah dari 18 hingga 29 Julai 2016.


Kredit: Cikgu Norazimah

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments