Terkini


Ibu Tunggal Dibelasah & Kemaluan Dilumur Dengan Cili Api

SETIU - Seorang ibu tunggal cedera dipukul dan kemaluannya dilumur dengan cili api oleh empat individu yang melarikannya di Kampung Gong Tengah, Ahad lalu.


Ibu Tunggal Dibelasah & Kemaluan Dilumur Dengan Cili Api

Siti Rohmoh Abdullah, 52, dilarikan oleh jiran sekampungnya yang mendakwa mangsa telah menjalinkan hubungan sulit dengan suami wanita terbabit, lapor Harian Metro.

Mangsa ditendang sebelum diheret ke dalam kenderaan jirannya itu yang datang ke rumahnya pada jam 9 malam.

Turut berada di dalam kenderaan tersebut dipercayai dua anak lelaki dan seorang menantu perempuan jirannya itu sebelum meninggalkan mangsa di Kampung Banggol, 25 kilometer dari rumahnya.


Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis dan menerima rawatan di Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar berkata, 3 suspek telah ditahan untuk tindakan selanjutnya.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments