Terkini

Ira Kazar Kongsi Tips Bentuk Tubuh Yang Mantap

Ira Kazar kongsi tips bentuk tubuh yang mantap. Sejak video tarian geleknya menjadi viral di laman sosial, nama anak pelakon dan penyanyi Kazar Saisi iaitu Ira Kazar bukan lagi asing di telinga masyarakat Malaysia.


Ira Kazar Kongsi Tips Bentuk Tubuh Yang Mantap

Dalam orang ramai mengecam dan mengkritik aksi tersebut, namun ternyata insiden viral tersebut turut membawa tuah buatnya apabila bilangan pengikutnya di laman Instagram meningkat dengan drastik.

Mana tidaknya, ramai pengikut khususnya wanita mencemburui tubuh badan yang dimiliki Ira hinggakan dia dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai rahsia yang diamalkan untuk mendapatkan bentuk tubuh yang mantap sepertinya.

Ira Kazar

Berkongsi rahsia kepada umum, gadis yang mempunyai berat badan 54 kilogram ini memberitahu, dia sangat mementingkan amalan gaya hidup sihat.


“Saya selalu pergi ke gym sekurang-kurangnya 3, 4 kali seminggu bersama rakan untuk mengeluarkan peluh.

“Setiap pagi, saya akan membuat kira-kira 30 sit up agar perut tidak buncit.

“Untuk mendapatkan tubuh yang cantik, kita juga kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar.

“Paling penting adalah disiplin. Kalau kita jaga makan, dapatkan tidur yang cukup dan melakukan senaman cardio memang badan kita akan maintain fit,” katanya.

Pun begitu, Ira atau nama sebenarnya, Fadira Fatini Kazar, 21, mengakui sebagai orang Melayu dia tidak boleh lari daripada pengambilan nasi namun mengawalnya dengan senaman.

Ira Kazar

Ira Kazar

Kata Ira yang juga salah seorang peserta ujibakat Akademi Fantasia 2016 ini, dia merupakan individu sangat mementingkan senaman di bahagian kaki.

Sementara itu, Ira memberitahu, idola yang sering dijadikan inspirasi untuk memiliki badan fit adalah Michelle Lewin.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments