Jabatan Kehakiman AS Failkan Saman, Mohon Rampas Harta 1MDB

LOS ANGELES, Khamis – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman memohon untuk merampas beberapa harta yang berkaitan dengan syarikat pelaburan Malaysia bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.


Jabatan Kehakiman AS Failkan Saman, Mohon Rampas Harta 1MDB

Saman yang difailkan di mahkamah di sini turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.

Jabatan itu memohon untuk menyita aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa bagi mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB’.


Saman itu menyatakan salah laku yang dikatakan dilakukan dalam tempoh lebih empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai kerajaan Malaysia dan rakan sekutu, yang berkonspirasi untuk menipu dengan melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman AS tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam saman itu.

Sebaliknya, menamakan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz sebagai ‘individu yang berkaitan’ di dalam kes itu.

Mereka turut menamakan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Saman itu menyatakan dana yang disalahguna daripada 1MDB dipindahkan kepada pengasas bersama Petrosaudi – syarikat yang mengadakan usahasama dengan 1MDB – dan selepas itu kepada pegawai atasan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Official One’.

Aset yang akan disita termasuk penthouses, mansion, lukisan dan jet peribadi.

“Penyelewengan itu berlaku dalam beberapa fasa sepanjang beberapa tahun,” kata Jabatan Kehakiman AS. – Agensi.

Muat turun dokumen saman Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB: [[KLIK SINI]]

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments