Terkini

JAIM Siasat Sindiket Edar ‘My Kitab’ Seleweng Ajaran Islam

MELAKA, Rabu – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menyiasat sindiket yang dipercayai mengedar ‘buku hitam’ di sekitar daerah Jasin, sejak Jumaat lalu, mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam 1988.


JAIM Siasat Sindiket Edar ‘My Kitab’ Seleweng Ajaran Islam

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani, berkata pihaknya juga sedang mengesan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan buku itu.

“Orang ramai, terutama pemimpin kampung, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pegawai syarak perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang kegiatan seperti penyebaran risalah berkaitan ajaran yang bertentangan, fahaman ekstrem dan Syiah,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan mengedar dan meletakkan buku secara terbuka ini dianggap sebagai satu provokasi terhadap umat Islam, sekali gus boleh menimbulkan kerisauan serta prasangka dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Justeru, kita meminta pihak yang terbabit supaya menghentikan kegiatan menyebar, menghantar risalah dan buku-buku kitab berkenaan bagi mengelak salah faham berterusan,” katanya.


Buku panduan mengenai sebuah ajaran agama yang boleh memesongkan akidah dikesan disebarkan di sekitar daerah Jasin.

Buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu bertajuk ‘My Kitab’ dan berwarna hitam itu diletakkan di lokasi awam antaranya stesen dan perhentian bas, kedai makan dan pondok kosong.

Susulan aduan yang diterima daripada orang ramai sepasukan anggota jabatan itu menjalankan pemantauan di lokasi terbabit, kira-kira jam 9 pagi dan menemui sebanyak 38 naskhah kitab berkenaan.

Rahimin berkata, semua buku itu ditemui di beberapa lokasi tumpuan awam di sepanjang kawasan Chabau hingga ke Simpang Bekoh, di sini. - Bernama

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments