Top Ad unit 728 × 90

recent

“Jangan Pakai Selekeh Datang Uji Bakat AF...” – Mas Idayu

PENYANYI dangdut popular Mas Idayu yang juga merupakan antara tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia musim terbaharu, menasihatkan peserta yang ingin mencuba nasib supaya hadir dengan berpakaian kemas.


“Jangan Pakai Selekeh Datang Uji Bakat AF...” – Mas Idayu

Menurutnya, selain mempunyai kualiti vokal yang baik, berpenampilan menarik dan kemas juga merupakan antara faktor yang dinilai olehnya dalam mencari bintang-bintang baharu untuk program tersebut.

“Untuk mereka yang nak datang ujibakat dan berdepan dengan kami selaku juri AF2016, antara perkara yang saya tekankan ialah berpakaian kemas.

“Vokal sudah tentu penting tapi jangan lupa bahawa penampilan diri juga sangat penting.


“Bila datang ujibakat tolong jangan selekeh, pastikan kemas kerana melalui penampilanlah orang memberikan tanggapan pertama mereka,” katanya memetik laporan Astro Gempak.

BACA: Guna Rotan Mengajar AF2016, Netizen Suruh Mas Idayu Rotan Diri Sendiri Tak Tutup Aurat

Sesi ujibakat AF2016 telah berlangsung Jumaat lalu hingga hari ini di The Boulevard St Giles, Premier Hotel, Midvalley, Kuala Lumpur.

Selain Mas Idayu, tenaga pengajar lain yang terlibat ialah Linda Jasmine, Ellie Suriaty dan Edry Abd Halim selaku pengetua AF2016.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
“Jangan Pakai Selekeh Datang Uji Bakat AF...” – Mas Idayu Reviewed by Adam Hakimie on July 18, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.