“Kalau Betul Tak Bersalah, Kenapa Ustazah Diamkan Diri?” – Kakak Mangsa

KOTA BHARU - Setelah individu bernama Md Sukhairi Osman mendakwa mengetahui kejadian sebenar berhubung isu pelajar ditampar ustazah kerana kening dicukur, kakak kepada mangsa, Puteri Boneka, tampil mempertahankan adiknya, Nursyahida binti Zulkifli.


“Kalau Betul Tak Bersalah, Kenapa Ustazah Diamkan Diri?” - Kakak Mangsa

"Saya juga hairan, kalau betul salah pelajar, kenapa guru sekolah berkenaan mendiamkan diri? Kenapa mesti lari dari kebenaran sebenar? Bila isu ini sudah viral, timbul bermacam-macam cerita. Setahu saya, adik saya bertudung labuh bila pergi ke sekolah. Kenapa isu tudung singkat dikaitkan dalam masalah ini? Harap pihak sekolah dapat memberikan keterangan lanjut kepada pihak keluarga kami.

Kronologi cerita sebelum ini:

[1]: Terima Kasih Ustazah, Tampar Kepala Anak Saya Sampai Masuk Wad
[2]: “Gambar Yang Diviralkan Itu Adalah Gambar Lama” – Md Sukhairi Osman

Macam ini ke yang dikatakan bulu kening dicukur atau diandam?


Kalau macam ini dikatakan tudung senteng lagi, saya tak tahu nak kata macam mana lagi. Maunya pakai telekung solat ke sekolah gamaknya.


"Selepas ini rasanya kena guna apps Camera360 untuk snap gambar, baru orang percaya gambar itu bila sebab ada tarikh. Tetapi nanti orang kata menipu pula.


"Dalam video ini adalah keadaan terkini Syahida, yang menjadi mangsa tamparan ustazah berkenaan. Adik saya kini berada di wad Dahlia, HRPZ. Saya minta jasa baik tuan puan yang mana sedangkan viralkan cerita kononnya adik saya ini menipu, kononnya yang diupdate adalah gambar tahun lalu, sila tonton rakaman video ini.


Live update !!!!

Keadaan terkini syahida, mangsa tamparan ustazah yang kini berada di ward Dahlia , HRPZ. Sy minta jasa baek tuan puan yang mana tengah viralkan cerita yang kononnya adik saya ni menipu, gambar yang di update gambar tahun lepas, sila tengok rakaman video ni ye.

Jangan cuba viralkan cerita yang tak betul kalau tak tahu ape ape . Biar pihak yang bertanggungjawab selesaikan masalah ini. Jangan cuba merekareka cerita ..

P/s : doakan adik saya sihat & cepat sembuh ..
Posted by Puteri Boneka on Saturday, 23 July 2016
"Jangan cuba viralkan cerita yang tidak betul kalau tidak tahu apa-apa. Biar pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. Jangan cuba mereka-reka cerita. Penat menghadap karenah manusia yang bercerita tanpa usul periksa. Tak apa, keadilan pasti ada," katanya.

Puteri juga turut menyatakan bahawa pihak keluarganya telah mengumpul bukti mana-mana pihak yang menyebarkan cerita palsu, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

- Puteri Boneka

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments