Terkini


Kasar Tapi Kelakar, Gadis Ini Kongsi Suka-Duka Berkahwin Dengan Lelaki Utara

Walaupun sesama bangsa sendiri, tidak dinafikan banyak loghat dan cara percakapan orang dari negeri lain yang sukar untuk difahami. Maka kadang-kadang wujudlah language barrier dan salah faham ketika berkomunikasi.


Kasar Tapi Kelakar, Gadis Ini Kongsi Suka-Duka Berkahwin Dengan Lelaki Utara

Contohnya macam kisah pasangan suami isteri pantai timur-utara ni. Si isteri adalah orang Kelantan, si suami pula orang utara. Tersenyum kami baca kisah wanita yang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan cara percakapan suaminya ini. Ada tak yang senasib macam mereka?

“Bekeng, Muka Cengey”

Lelaki utara.
Lelaki utara atau orang utara. Aku tak tahu nak describe apa tentang depa. Depa cakap menengking-nengking. Bekeng pun ya. Muka cengey. Cakap main lepas selalunya.

Kasar Tapi Kelakar!

Masa mula-mula aku kahwin dengan lelaki utara, setiap malam aku lari menangis belakang tong gas.
"Kenapa marah saya?"
"Laa. Mana ada maghah. Kami memang cakap lagu ni dari kecik lagi"
"Tipu! Tak percaya! Bye" - lari merajuk belakang tong gas.

Kadang makan hati tau dengan volume suara depa. Eh dia marah aku ke ni? Pastu tunduk muka merajuk.
"Awat diam?"
"Entah. Saya rasa seperti dimarahi"
"Laaaa. Mana duk ada. Oghang dak maghah, habaq maghah. Takyah duk buat bebai la. Pi makan nasi nu. Makan perabih buang. Tak abih makan jangan harap boleh tengok tv"
Kadang terfikir jugak, yeke ni style depa bercakap?

Bila dia panggil aku macam ni - "Aten mai sini sat". Aku terus ketakutan seolah-olah aku ada buat kesalahan paling-paling-paling besaqqqqqq!

Aku cuba lepak dengan member-member dia yang kebanyakan budak utara. Tudiaaa buat ramai sungguh noh. Sora depa je duk bunyi satu kedai. Dejei, pelaq, anak haram takyah cakap la memang akan terkeluar tiap kali melawak. Haha. Tapi sumpah lawak. Aku selalu gelak sambil kesat airmata bercucuran. Entah la.


Depa punya melawak aku rasa nak bangun berdiri atas kerusi sambil tepuk tangan dan cakap Ya Allah hampa ni lawak sungguh noh. Haha.
Bila dah bertahun-tahun tinggal sebumbung dengan orang utara ni, aku jadi mudah sunyi bila dia takde kat rumah. Suara-suara dialah yang selalu memenuhi segenap inci ruang rumah.

“Kami Tak Marah, Kami Sedang Bercakap”

Dia pernah cakap;
"Aten, perbezaan dialek kadangkala boleh buat orang jadi gaduh. Kami jenis cakap kasaq, awak orang Kelantan saya akui cara percakapan awak berlenggok gelemai macam orang siam kat Pattani. Tapi awak kena fahamlah budaya kami. Kami tak marah. Kami sedang bercakap"

Dan sekarang, aku pun dah terer cakap utara ok!
Aku akui, orang utara ni nampak ja kasar tapi depa sangat baik hati, peramah, lawak giler dan yang paling aku perasan; yang perempuan rajin mengemas & memasak, yang lelaki rajin bekerja.

Tapi percayalah, segarang mana pun depa, aku sayang depa lagi-lagi Amer. Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa lelaki yang bermuka cengey, bersuara deqaih. Hidup aku jadi sunyi.
Ps: Adik aku pernah tanya "Abang Amer memang jenis suka tengok tv pasang volume kuat-kuat ke?" - Hmm bukan sora tv ja kuat, sora dia pun deqaihhh.
Peace ✌️

Bahagia Kahwin Lelaki Utara…

Kita cerita pasal lelaki utara atau orang utara sebab ramai yang salah faham. Orang duk kata kesian aten selalu kena marah. Mesti tak bahagia. Adududu. Mana ada laki kita marah kita dah memang pesen dia lagu tu. Lani kita pun dah paham pesen dia.

Dia marah pun kita duk gelak-gelak pasai lawak. Takyah tengok la tang dia muka cengey tu, try tengok tang dia melawak. Uiihhh sakit perut tak sangga duk gelak sakan. Laki kita ni memang tak romantik macam laki orang lain, tapi dia hari-hari buat kita gelak sampai hilang stress.
Lagu tu noh?

Celoteh: Cik Atenn Azlan

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments