Kemalangan Ngeri!!.. Pelajar Maut, Rakan Parah Tersepit Bawah Treler

KUCHING: Seorang pelajar Institut Kimpalan Automotif Sarawak (AWISAR) maut selepas tersepit di bawah treler dalam kemalangan berdekatan bulatan Kompleks Kastam, di Jalan Demak Laut, di sini, pagi tadi.


Pelajar Maut, Rakan Parah Tersepit Bawah Treler


Mangsa, Tomy Terus, 21, yang membonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang menunggang motosikal itu, Gabriel Melaka, 20, pula cedera parah dalam kejadian itu pada jam 8.20 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.28 pagi.


Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dengan tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian selain bantuan sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

"Setibanya di lokasi kejadian yang terletak 18 kilometer dari balai pada jam 8.45 pagi, anggota kami mendapati dua lelaki tersepit di bawah lori treler panjang yang membawa muatan sebuah jentolak dan sebuah mesin pemotong jalan.

"Bomba menggunakan peralatan rescue airbag untuk mengeluarkan dua mangsa, namun anggota paramedik mengesahkan pembonceng motosikal itu sudah meninggal dunia manakala penunggang motosikal itu yang cedera parah dikejarkan le Hospital Umum Sarawak," katanya.
- Berita Harian

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments