Terkini

Kematian 3 Beranak Diklasifikasi Kes Bunuh, Bukan Bunuh Diri

Kematian tiga beranak di Kampung Baru, Samarahan kini diklasifikasikan kes bunuh. Pihak polis telah mengesan bahawa perempuan itu sebenarnya sudah dibunuh terlebih dahulu sebelum digantung dengan mengguna tali plastik dan ketinggian kaki dari lantai hampir-hampir mencecah lantai.


Kematian 3 Beranak Diklasikafikasikan Kes Bunuh, Bukan Kematian Mengejut

Terdapat lebam dimuka, badan dan lidah tidak terkeluar seperti kebiasaan seperti orang yang mati tergantung.

Sim card dalam handphone sudah dikeluarkan terlebih dulu, mangsa tersebut sebenarnya bukan dari keluarga yang susah dari segi kewangan.

Baca: Ibu Bersama 2 Anak Maut Dipercayai Kerana Tekanan Hidup

Polis kini mengembangkan siasatan dari pelbagai aspek mengenai tiga beranak yang ditemui mati di Kampung Baru, Kota Samarahan Selasa lalu, dengan si ibu dijumpai tergantung di dalam bilik tandas.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, polis kini mengklasifikasikan kes tersebut di bawah seksyen 302, Kanun Keseksaan dan bukan lagi kerana mati mengejut (bunuh diri) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Polis sedang meneliti laporan perubatan bagi tujuan membantu siasatan kes berkenaan, termasuk mengenal pasti punca sebenar kematian ketiga-tiga mangsa.


Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak kini mengambil alih siasatan kes ini, dengan siasatan turut menjurus kepada perlakuan jenayah dalam kes penemuan mayat tiga sekeluarga ini.

Dalam kejadian sekitar malam Selasa lalu, seorang ibu dan dua anaknya ditemui mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru di Kota Samarahan.

Mayat ibu terbabit, Rohana Mohamad, 37, ditemui tergantung di dalam tandas di rumah tersebut, manakala dua anaknya, Adam Hadiman Noorahman, 7, dan Mohd Ikmal Danish Noorahman, 4 dijumpai di dalam bilik tidur.

Polis turut menemui botol cecair peluntur di sebelah mayat kanak-kanak ini.

Ketika ditemui Adam Hadiman telah pun meninggal dunia manakala adiknya, Mohd Ikmal Danish berada dalam keadaan kritikal.

Mohd Ikmal Danish bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan.

Wanita berkenaan tidak bekerja dan duduk bersama-sama ibu dan bapa angkatnya di rumah itu, yang pada hari kejadian bermalam di kebun mereka.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments