Kes Penipuan: Adlin Aman Ramli Akan Beri Penjelasan Esok

Pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, yang dituduh terlibat dengan kes penipuan pelaburan akan memberi penjelasan berhubung kejadian itu Ahad ini (esok).


Adlin Aman Ramli

Adlin dalam satu kiriman mesej kepada pihak media berkata, dia bakal mucul dalam rancangan Melodi di TV3 dan seterusnya akan berjumpa pihak media selepas tamat siaran langsung program itu.


Terdahulu Adlin bersama beberapa orang individu ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan lebuh raya dan dikatakan menjadi dalang skim pelaburan melibatkan nilai jutaan ringgit.

Baca: Saya Tidak Tahu Tentang Kegiatan Adlin – Ruminah Sidek

Dalam pada itu Instagram Adlin turut menyaksikan beberapa komen orang ramai yang meluahkan rasa hati selepas ditipu dalam pelaburan yang didakwa.

Baca juga: Adlin Aman Ramli 'Mastermind', Melindungi Dan Sediakan Rumah?

Sumber: mStar (Artikel ini disiarkan pada Sabtu, 23 Julai, 2016)

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments