Kes Tipu Hartanah RM485K, Adlin Aman Ramli Ditahan Polis

INDUSTRI hiburan hari ini dikejutkan dengan berita seorang pelakon dan pelawak terkenal ditahan polis pada Khamis berikutan disyaki terlibat dengan kes penipuan hartanah membabitkan kerugian sebanyak RM485,000.00.


Adlin Aman Ramli

Berita itu turut disahkan Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid.

Menurut Roslan, artis terbabit ditahan di kediamannya yang terletak di Cyberjaya pada 2 petang.


“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, artis berkenaan kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Sementara itu, menerusi mStar Online, pelakon veteran, Ruminah Sidek, 70, terkejut apabila dimaklumkan anaknya iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis.

Baca: Saya Tidak Tahu Tentang Kegiatan Adlin – Ruminah Sidek

“Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,” katanya.

Manakala, isteri Adlin, Emelda gagal dihubungi kerana tidak mengaktifkan telefon. – Mynewshub

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments