Terkini

Kisah Lelaki Berbaring Depan Kereta Kebal Di Malam Cubaan Rampasan Kuasa Turki

ANKARA, Selasa – Pada malam hari Jumaat ketika berlaku cubaan rampasan kuasa oleh sebilangan tentera Turki, tersebar di media sosial gambar seorang lelaki berani yang berbaring di hadapan kereta kebal.


Kisah Lelaki Berbaring Depan Kereta Kebal Di Malam Cubaan Rampasan Kuasa Turki

Siapakah lelaki berani itu? Mengapakah dia sanggup melakukan demikian?

Media Turki telah menemui dan menemubual lelaki berusia 40 tahun, Matin Dorgan yang merupakan bekas tentera negara itu.

Matin Dorgan, kelahiran Turki bercerita pada malam berlakunya cubaan rampasan kuasa, dia mendengar berita bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku di Ankara dan Istanbul.

Dia segera keluar rumah meskipun dihalang oleh ahli keluarga.

Matin Dorgan

Dengan penuh nekad, dia keluar menuju jalan utama dan mencari teksi yang boleh membawanya ke Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, tempat berlakunya kekacauan.

Katanya, dia tidak nampak satu pun teksi yang ada, kemudian dia menahan sebuah motosikal dan meminta dihantar ke lapangan terbang.

Pemilik motosikal itu enggan tetapi setelah melihat air matanya mengalir, dia pun bersetuju menghantarnya ke lapangan terbang.


Ketika tiba di kawasan lapangan terbang, Matin terus meluru ke arah sekumpulan tentera yang sedang menjaga sebuah kereta kebal.

Dia menjerit dengan nada marah, “Aku tentera Turki. Siapa kamu? Apa kamu mahu? Siapa menghantar kamu ke sini?”

Matin Dorgan kemudian membaringkan dirinya di bahagian tayar kereta kebal sambil melaungkan “Jalanlah atas badanku, bunuhlah aku kalau kamu mahu!”

Matin Dorgan

Matin berkata, berdasarkan pengalaman sebagai tentera, tindakannya itu menimbulkan simpati di hati salah seorang tentera lalu tentera itu berkata, “Kami adalah daripada kamu juga dan kami tidak akan meninggalkan kamu, kami akan mempertahankan kamu.”

Kata-kata itu sudah cukup baginya untuk bangun semula daripada bawah kereta kebal itu.

Matin Dorgan mengakhiri ceritanya dengan berkata, “Aku tidak menyangka aku masih hidup selepas kejadian itu. Keadaan waktu itu adalah amat sukar.” - Portal Islam dan Melayu

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments