KKMM Akan Siasat Dakwaan ASTRO Kenakan Caj Tersembunyi

Syarikat pengendali televisyen berbayar, Astro
 Malaysia Holdings Berhad (Astro) akan disiasat susulan dakwaan mengenakan caj dan penalti tersembunyi kepada pelanggannya. Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sebarang tindakan yang diambil syarikat itu terikat dengan terma dan syarat-syarat ketika mendapat lesen operasi.


KKMM Akan Siasat Dakwaan ASTRO Kenakan Caj Tersembunyi

image“Kita memang siasat aduan yang diterima, dari masa ke semasa kita berbincang dengan pihak Astro.

“Apa yang Astro lakukan mestilah terikat dengan syarat-syarat, bila kita beri lesen, kita beri syarat, jika mereka langgar syarat lesen sudah tentu tindakan boleh diambil,” katanya pada Khamis.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan rangkaian jalur lebar baru, ‘Yes 4G LTE’ oleh syarikat penyedia perkhidmatan, YTL Communications Sdn Bhd di ibunegara hari ini.

BACA: Wanita Dakwa Dianiaya ASTRO, Sudah Batal Langganan Tapi Bil Datang Lagi

Salleh mengulas dakwaan seorang pelanggan syarikat berkenaan yang memuat naik status di laman sosial Facebooknya mendakwa dikenakan caj penalti yang tinggi oleh Astro jika mahu menukar pakej dan menamatkan kontrak bersama penyedia saluran televisyen berbayar itu.

Status dimuat naik ‘Sephia Mhd Bhrm’ yang mendakwa dikenakan notis bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila beliau ingin menamatkan langganan, beliau dikenakan bayaran sebanyak RM360.


Beliau berkata, caj itu termasuk RM200 untuk penalti; RM88 (bil bulanan) dan RM70 untuk satu bulan notis. Status berkenaan dikongsi oleh lebih 21,000 pengguna laman sosial Facebook.

Salleh berkata pengguna bagaimanapun mempunyai hak sama ada untuk menggunakan khidmat yang disediakan stesen televisyen berbayar itu atau tidak.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments