Lapan Individu Ditahan Kes Tembak Mati Ejen Hartanah Wanita

Kuala Lumpur –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu yang disyaki terlibat dalam kes seorang ejen hartanah wanita yang maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, di sini, 6 Julai lepas.


Lapan Individu Ditahan Kes Tembak Mati Ejen Hartanah Wanita

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman rasmi Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan semalam di sekitar Kuala Lumpur dan Perak.


Khalid berkata kejayaan tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

“Syabas STAFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tangkap lapan orang di Kuala Lumpur dan Perak, rampas pistol semalam #GoPDRMGo,” kata Khalid.

Pada 6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang. – Bernama

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments