Laporan Lengkap Kes Ustazah Tampar Pelajar Siap Minggu Depan

Serdang – Laporan lengkap kes seorang ustazah dikatakan menampar pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah, Kelantan akan siap selewat-lewatnya minggu depan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Khair Mohamad Yusof.


Laporan Lengkap Kes Ustazah Tampar Pelajar Siap Minggu Depan

Ketika ini pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman dan melakukan perbandingan laporan kes berkenaan yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan waris pelajar, katanya.

“Kita sedang compare (banding) maklumat yang diberikan bagi menyiapkan laporan penuh untuk dibentangkan minggu depan,” katanya.

Beliau mengulas perkembangan terkini kes itu semasa ditemui pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi Selasa lepas itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali oleh seorang ustazah ketika perhimpunan sekolah selepas menafikan mencukur keningnya.

Akibat kejadian itu, anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan terpaksa dibawa di Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi rawatan lanjut selepas mengalami masalah saraf.

Akhbar hari ini melaporkan Zulkifli Yunus, 58, sedia mengambil tindakan undang-undang jika anaknya tidak sembuh atau lumpuh akibat kejadian itu.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments