“Lara Alana Belum Sedia Terima Adik” – Awal Ashaari

Pejam celik pejam celik Lara Alana sudah pun berusia dua tahun dan menyambut ulangtahun kelahirannya beberapa hari lalu dengan meriahnya. Namun disebalik kemeriahan itu, Awal Ashaari ada memaklumkan bahawa beliau dan isteri belum merancang untuk menambah cahaya mata kerana merasakan Lara masih belum bersedia untuk mempunyai adik.


“Lara Alana Belum Sedia Terima Adik” – Awal Ashaari

“Belum ada lagi perancangan dalam masa terdekat untuk menambah ahli keluarga kerana Lara belum bersedia untuk ada adik, dia masih perlukan kasih sayang. Dia seorang yang sangat sensitif dan cepat merajuk. Jika dia ada adik dalam masa terdekat sudah tentu kasih sayang kami akan terbahagi, bagaimana perasaan dia pula yang masih kecil itu”

Baca: Inilah Wajah Comel Anak Scha Dan Awal Ashaari!.. Namanya..


Baca: Video: Anak Scha Alyahya & Awal Ashaari Bermain Air, Hampir Lemas

“Saya rasa masa bersama dengan dia sangat singkat dan banyak perkara yang saya terlepas sehingga kadang-kadang saya cemburu jika dia belajar sesuatu perkara baru dengan orang lain. Sepatutnya pada usia ini kami ada disisi sentiasa, sebab itu saya kata bagi masa dia besar sikit untuk ada adik lain,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.


Baca: 14 Gambar Awal Ashaari, Scha & Baby Lara Bercuti Di Perth, Australia

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan Lara, Awal memberitahu bahawa pada ketika ini beliau mempunyai dua doktor peribadi yang memantau kesihatan dan pembesaran kanak-kanak itu. Manakala dari segi tawaran pula, Awal akan meminta nasihat doktor sebelum menerima sebarang tawaran untuk Lara supaya beliau tidak merasa beban.


Bukan itu sahaja malah untuk perancangan masa depan Lara, Awal berhasrat untuk menghantar anak perempuannya itu ke sekolah kebangsaan apabila umurnya mencecah tujuh tahun. Keadaan ini berikutan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi di sekolah-sekolah swasta serta faktor ekonomi sekarang yang semakin tidak menentu untuk berbelanja lebih.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments