Terkini


Lebih 6,000 Tentera Turki Ditangkap Terbabit Dalam Rampasan Kuasa

ISTANBUL, Isnin – Operasi pembersihan terus dilakukan apabila pihak berkuasa Turki menahan lebih 6,000 tentera dan anggota kehakiman yang terbabit dalam cubaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan Jumaat lalu.


Lebih 6,000 Tentera Turki Ditangkap Terbabit Dalam Rampasan Kuasa

Menteri Kehakiman, Bekir Bozdag berkata, sebelum ini kerajaan telah menangkap 3,000 anggota tentera, dan malam tadi seorang pendakwa kanan mengarahkan penangkapan hampir 2,750 hakim yang dituduh mempunyai hubungan dengan Pertubuhan pelampau Fetullah Gulen,

Katanya, pertubuhan berkenaan didakwa menjadi dalang utama dalam rampasan kuasa ini. Operasi pembersihan masih dilakukan.

“Justeru, proses undang-undang akan diteruskan. Ini akan menjadi kes yang paling banyak yang pernah dilihat dalam sejarah Turki ,” katanya.

Dalam pada itu, Bozdag mengulangi gesaan Erdogan supaya Amerika Syarikat mengambil tindakan mengekstradisi Gulen.


Katanya, melindungi Gulen akan melemahkan kedudukan AS dan merosakkan reputasinya, saya menganggap AS tidak akan menyokong seseorang yang melakukan perbuatan ini terhadap Turki.

Gulen telah lama dituduh melakukan kempen untuk menggulingkan kerajaan melalui penyokong di dalam negeri Turki, terutamanya tentera, polis dan badan kehakiman.

Dilaporkan lebih daripada 50 pegawai kanan tentera dikaitkan dengan cubaan rampasan kuasa ini yang mana mereka telah ditangkap di wilayah barat Denizli awal pagi semalam.

Antaranya termasuk Majer General Ozhan Ozbakir, komander garrison Denizli dan Briged Komando ke-11, – Agensi

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments