Terkini

Lelaki Perancis Ditahan Ceroboh Pangkalan Tentera Ketika Main Pokémon Go

JAKARTA – INDONESIA. Polis Indonesia menahan seorang lelaki warga Perancis yang menceroboh pangkalan tentera semasa bermain permainan Pokémon Go. Jurucakap polis Jawa Barat berkata, Romain Pierre, 27, ditahan di pusat pemeriksaan pada Isnin petang selepas melarikan diri semasa pengawal keselamatan menyedari kehadirannya di kompleks tentera yang terletak di Cirebon.


Lelaki Perancis Ditahan Ceroboh Pangkalan Tentera Ketika Main Pokemon Go

Pierre bagaimanapun dibebaskan beberapa jam kemudian kerana ia secara jelas tidak sengaja memasuki kompleks itu kerana sedang memburu Pokemon semasa berjogging, kata jurucakap polis, Kolonel Yusri Yunus.


Pokémon Go yang menggunakan Google Maps dan telefon pintar yang menggabungkan realiti dengan makhluk Pokémon menjadi permainan ‘blokbuster’ melanda Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Baca: Gara-Gara Pokemon Go, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Terkejut!

Ia masih belum dikeluarkan secara rasmi di Indonesia, namun telah menjadi popular di negara itu.

Sementara itu, Gabenor Jakarta, ia boleh digunakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di bandar itu, namun beberapa pegawai keselamatan menyuarakan kebimbangan permainan itu boleh menimbulkan ancaman keselamatan.

Memetik AP, polis berkata, Pierre berkerja di sebuah syarikat di Jakarta dan melawat Cirebon, kira-kira 190 kilometer timur Jakarta.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments