Terkini

Lima Kru Kapal Hilang Dipercayai Diculik Ke Selatan Filipina

KUALA LUMPUR: Lima warga Malaysia yang hilang di perairan Dent Heaven, Lahad Datu Sabah pada Isnin dipercayai diculik dan dibawa ke selatan Filipina.


Lima Kru Kapal Hilang Dipercayai Diculik Ke Selatan Filipina

Bagaimanapun kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, polis ketika ini masih menunggu pengesahan pihak berkuasa negara tersebut.

Beliau juga percaya ia ada kaitan dengan kumpulan sama yang mendalangi dua insiden penculikan baru-baru ini di perairan Sabah.

"Itu maklumat yang kita telah terima.

"Apa yang harus kita buat sekarang adalah mendapatkan pengesahan dan tunggu tindakan daripada pihak penculik, mungkin mereka akan menghubungi keluarga tebusan mereka," katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman hari ini.


Pihak polis juga katanya masih belum menerima sebarang panggilan atau tuntutan daripada pihak penculik.

Lima anak kapal itu didapati hilang selepas sebuah kapal tunda ditemui terdampar di beting pasir perairan Dent Heaven sekitar pukul 2 petang dengan enjin yang masih hidup tanpa operator dan keadaan dalam kapal yang berselerak.

Mereka adalah Abd Rahim Summas, 62 tahun; Tayudin Anjut, 45 tahun; Mohd Ridzuan Ismail, 32 tahun; Zulkipli Ali, 56 tahun; dan Fandy Bakran, 26 tahun.

Kapal tunda tanpa muatan itu difahamkan dalam perjalanan pulang dari Sandakan ke Semporna selepas menghantar pasir. - Astro Awani

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments